Stay up-to-date with local news

Stay up-to-date with local news
news_sehschlitz_linksAudi Pylon with Audi Typography and the four rings logo.

Audi A6 dan TT kini di pasaran

Aug 7, 2008
Peminat kereta Audi A6 dan Audi TT kini berpeluang untuk menyaksikan kereta keluaran baru Audi yang dimuatkan dengan enjin canggih dan berteknologi sepenuhnya.
Kereta Audi A6 dan Audi TT memberi keselesaan kepada pemandu kereta dengan enjin Aluminium V6 sistem pencucuh langsung, DOHC. Selain itu ia juga dimuatkan dengan sistem bahan api tekanan tinggi terkawal dan tekanan rendah, pam minyak kawalan aliran volum dengan dua peringkat kawalan tekanan.

Majlis Pelancaran Audi A6 dan Audi TT diadakan di salah sebuah restoran di Kiulap hari ini.

Sementara Audi TT pula dimuatkan dengan 2.0 litre enjin empat silinder dengan memberi kepuasan kepada pemandunya di semua peringkat.

Kereta terbaru keluaran Audi tampil dalam pelbagai warna yang menarik mengikut kehendak pelanggan di samping ia juga dimuatkan dengan tayar aloi 225/55 R 16.

Kehalusan dalam reka cipta jelas memperlihatkan kedinamikan pemanduan yang dipertingkatkan, tidak salah lagi Audi A6 dan Audi TT adalah model yang tersendiri bertaraf ekonomi, sportif, berprestasi dan memiliki ciri-ciri berkarisma seperti yang sebelumnya.