Stay up-to-date with local news

Stay up-to-date with local news
news_sehschlitz_linksAudi Pylon with Audi Typography and the four rings logo.

Model terbaru Audi A6 kini dipasaran

Aug 16, 2008
Penantian peminat kereta Audi A6 terbaru berakhir dengan pelancaran kereta, Audi A6 2.8FSI Quattro di Dewan Pameran Audi, TCY Motors Sdn Bhd di Tapak Perindustrian Lambak Kanan, Berakas, hari ini.
Audi A6 terbaru itu dimuatkan dengan enjin canggih serta berteknologi baru yang tidak hanya memberikan kuasa yang tinggi tetapi juga mampu untuk menjimatkan penggunaan minyak.

Kereta Audi A6 didatangkan dalam dua versi iaitu model standard dan juga model S line yang mengetengahkan ciri-ciri rekaan lebih sporty bagi pemandu generasi baru tetapi kedua-dua model dilengkapi dengan peralatan teknologi terbaru dan ciri keselamatan terkini untuk memberi keselesaan kepada sepenuhnya pada pemandu.

Audi A6 dimuatkan dengan enjin 2.8 FSI iaitu enjin Aluminium V6 spark-ignition direct injection, DOHC, 2 stage-variable intake manifold yang memberikan kuasa tinggi dengan penggunaan minyak yang rendah.

Selain itu juga enjin terbaru itu dimuatkan dengan demand-controlled high-pressure dan low-pressure fuel system, volum-flow controlled oil pump with two-stage pressure control.

Kehalusan dalam reka cipta jelas memperlihatkan kedinamikan pemanduan yang dipertingkatkan, Audi A6 terbaru merupakan memberikan penampilan yang tersendiri kepada kereta yang direka untuk tampak lebih sportif, berprestasi dan memiliki ciri-ciri berkarisma yang memberikan kepuasan kepada pemandu.

Oleh itu, orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keistimewaan dan ciri-ciri terbaru kereta Audi A6 2.8FSI quattro untuk mengunjungi dewan pameran Audi, TCY Motors Sdn Bhd di Tapak Perindustrian Lambak Kanan, Berakas.